dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Parit Othman, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

PROGRAM CUTI SEKOLAH @ NADI

27 Disember 2025 | Aktiviti Terkini

Cuti sekolah kini kembali lagi, sekali gus membuka ruang kepada pelbagai aktiviti berfaedah untuk dimanfaatkan oleh masyarakat setempat. Sehubungan dengan itu, pelbagai program telah dirangka khusus untuk semua komuniti sekitar NADI bagi mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berilmiah dan bermanfaat.

Sepanjang 29 hingga 29 Disember 2025, pelbagai program menarik telah dan akan dilaksanakan secara serentak di semua NADI di seluruh Malaysia. Penganjuran program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta kesedaran masyarakat dalam pelbagai aspek selari dengan keperluan semasa.

Program yang dianjurkan turut menggabungkan pelbagai perkhidmatan pintar merangkumi elemen kesedaran (awareness), keselamatan siber (cybersecurity), DiLea (Kelas e-Tuisyen), e-Kelas, keusahawanan, e-Sukan, Mahir, Tiny Techies, serta kesejahteraan kendiri (wellbeing). Melalui pendekatan menyeluruh ini, diharapkan program yang dilaksanakan dapat memberi impak positif serta manfaat berterusan kepada seluruh lapisan masyarakat, khususnya sepanjang tempoh cuti sekolah.

Pihak NADI PARIT OTHMAN juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua adik-adik yang telah bersama-sama menyertai program ini. Sokongan serta penglibatan aktif daripada para peserta amat dihargai dan diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada pembelajaran berterusan serta pembentukan generasi yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2025 Semua Hakcipta Terpelihara.