Cuti Sekolah Seronok & Interaktif – Jom Sertai perbagai program bersama NADI
28 November 2025 | Aktiviti TerkiniNADI menawarkan pelbagai aktiviti dan program menarik kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah bagi menyokong pembangunan sahsiah, akademik serta kemahiran digital mereka. Pelbagai program telah dirangka secara khusus untuk memenuhi keperluan pembelajaran masa kini.
Antara program yang ditawarkan ialah pembelajaran STEM (IoT) di bawah inisiatif NADI Tiny Techies, yang bertujuan membina minat pelajar terhadap sains dan teknologi melalui pembelajaran interaktif. Selain itu, murid turut diperkenalkan dengan amalan penggunaan internet yang berhemah melalui Kempen Internet Selamat (KIS), yang memberi kesedaran tentang keselamatan dalam talian, buli siber dan perlindungan data peribadi.
Bagi menyokong pembelajaran akademik, NADI menyediakan sesi e-tuisyen melalui platform DILEA. Pelajar juga berpeluang mempelajari asas keusahawanan menerusi program Kidventurer, yang memberi pendedahan kepada konsep perniagaan secara kreatif.
Selain itu, NADI Esport pula membantu melahirkan pemain berkualiti didalam bidang berkenaan. Manakala program Wellbeing menawarkan informasi serta saringan kesihatan berkala. Pelajar turut diberikan latihan asas keselamatan siber melalui inisiatif NADI Cybersecurity bagi meningkatkan kesedaran berkaitan ancaman digital.
Semua program ini terbuka secara percuma kepada pelajar sekolah rendah dan menengah yang berdaftar sebagai ahli NADI. Pelaksanaan aktiviti merentas pelbagai bidang ini membuktikan komitmen NADI dalam memperkasa generasi muda melalui pendidikan digital, kemahiran masa hadapan dan kesejahteraan menyeluruh.
Justeru, jom penuhi cuti sekolah adik-adik dengan aktiviti bermanfaat di NADI yang berdekatan untuk pengalaman pembelajaran yang lebih seronok dan bermakna.Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: